Ada 6 lokasi bahaya lubang benam besar di Kuala Lumpur – Pakar geologi

PAKAR geologi memberi amaran terdapat enam lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang mempunyai risiko lebih besar untuk mengalami fenomena lubang benam berbanding insiden serupa di Jalan Masjid India, minggu lalu.

Enam kawasan dikategorikan berisiko ‘tinggi’ dan ‘sangat tinggi’ itu ialah Pudu, Cheras, Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya.

PADA mulanya Merak Jalanan sangkakan insiden lubang benam di Jalan Masjid India cuma kemalangan biasa.

Rupa-rupanya makin hari makin rumit seperti satu misteri.

Sudah masuk hari keenam namun mangsa belum dijumpai.

Merak Jalanan khuatir, lebih lama kes ini, lebih banyak implikasinya kepada ekonomi selain banyak sumber kerajaan digunakan.

Siapa sangka insiden ini akan berlaku kepada pelancong dari India ketika Malaysia giat mempromosikan pelancongan negara.

Sejak pengecualian visa selama 30 hari diberikan Disember lalu, boleh dikatakan ‘berduyun-duyun’ orang dari India datang ke Malaysia.

Pada April 2024, kedatangan pelancongan India meningkat 80 peratus berbanding tempoh sama pada 2023. Tourism Malaysia juga sasar sejuta pelancong India hingga hujung tahun ini.

Merak Jalanan harap rakyat India tidak batalkan hasrat datang ke Malaysia walaupun berita mengenainya telah tersebar di negara itu.

Jalan Masjid India sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dan warga tempatan.

Di situ juga ada Masjid India yang sudah berusia 160 tahun. Pendek kata, orang tidak putus-putus datang ke situ.

Merak Jalanan tak dapat bayangkan jika lubang benam terjadi pada masa puncak khususnya menjelang hari raya.

Merak Jalanan juga masih ingat bagaimana sebuah kereta Perodua Myvi warna kuning terbenam secara menjunam di Jalan Maharajalela pada 2019.

Jika pihak berkuasa tidak bertindak segera, Merak Jalanan bimbang insiden lebih buruk bakal terjadi.

Merak Jalanan harap insiden terbaharu ini akan jadi satu pengajaran besar kepada kita.

Sumber : sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *