Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Shahida, mendedahkan bahawa sehingga kini masih belum ada jawapan muktamad mengenai keadaan kesihatan anaknya, Qadejah El Zahrah selepas dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Bukan leukimia
@anis.pana♬ original sound – Pana
Menerusi potongan klip video sesi siaran langsung di TikTok, Shahida memaklumkan bahawa pihak doktor masih mempertimbangkan beberapa kemungkinan, namun memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.
Dalam pada itu, Shahida mengakui dirinya terlalu risau sehingga membayangkan kemungkinan paling buruk, termasuk kesanggupan untuk mendermakan tulang sumsum sekiranya keadaan kesihatan anaknya memerlukan.

Saya ini jenis overthinking.
Saya dah fikir jauh, kalau betul anak saya sakit macam itu, saya sanggup dermakan tulang sumsum saya.
Sampai macam itu sekali saya fikir, memang tak tenang.
Ujarnya lagi, pihak doktor masih meneliti tiga kemungkinan utama iaitu jangkitan, autoimun atau anemia, memandangkan bacaan darah anaknya sangat sensitif.
Doktor kata antara tiga, infeksi, autoimun atau mungkin anemia.
Darah dia juga sangat sensitif, antara 0.01 yang jarang berlaku.
Sampai kena tengok bawah mikroskop untuk dapat bacaan tepat.
Disebabkan itu ambil masa lama untuk dapat keputusan.
Sekarang Qadejah dah balik rumah semalam, dia sedang berehat.
Terdahulu, Qadejah El Zahra telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu mengalami sakit dada serta kesukaran untuk bernafas.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.