Pelakon Emma Maembong meluahkan rasa terkilan terhadap bekas kekasihnya, DJ Kidd, apabila membuat pengumuman mendedahkan secara terbuka mengenai hubungan mereka yang telah berakhir.
Terkilan pengumuman berpisah dibuat secara terbuka
Screenshot
Memetik laporan mStar, namun begitu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, memilih untuk menerima dengan hati terbuka walaupun kurang selesa berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Kalau boleh saya memang nak mengelak dan tidak suka sangat nak berkongsi, tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.
“Adalah sedikit rasa terkilan (bila DJ Kidd keluarkan kenyataan itu), tapi nak buat macam mana kan? Kita tidak boleh kawal hati orang.
“Jadi, apabila perkara ini terjadi, saya pun kena reda dan terima sahaja,” kata Emma, di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Khamis.
Walaupun hubungan cinta mereka sudah berakhir, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa komunikasi antara mereka masih berjalan dengan baik.
Malah, Emma tidak menolak kemungkinan sekiranya jodoh mereka kembali pada masa akan datang.
Screenshot“Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusuh atau marah-marah.
“Kalau ada jodoh balik, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana kan?” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai soal perasaan, Emma menegaskan kegagalan hubungan tersebut tidak membuatkan dirinya trauma untuk mengenali insan baharu. Sebaliknya, pengalaman dilalui menjadikan dirinya lebih matang dalam menilai kehidupan.
“Semakin saya besar, semakin saya matang. Setiap orang yang dipertemukan dengan kita itu mesti bersebab.
“Nak trauma itu tak adalah dramatik sangat. Nak cakap trauma pun tak adalah, saya pun dah pernah berkahwin dan pernah gagal juga,” tambahnya lagi.

Terdahulu, deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia tidak lagi menjalinkan hubungan serius dengan Emma selepas kira-kira setahun bersama.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan status hubungannya berikutan sering menerima pertanyaan orang ramai mengenai Emma setiap kali berada di mana-mana.
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.