Kehadiran pempengaruh dan usahawan Khairul Aming di sebuah acara di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) mencuri perhatian ramai apabila dikerumuni peminat yang ingin bergambar dengannya.
Menerusi satu video yang tular dalam media sosial, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dilihat mengenakan baju Melayu berwarna biru sambil menyantuni orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar bersamanya.
Khairul Aming mencuri tumpuan di acara di MITEC apabila dikerumuni peminat yang mahu bergambar dengannya.
Beliau kelihatan mesra dan melayan peminat dengan baik walaupun suasana agak sesak.
Netizen memuji sikap rendah diri dan ramah Khairul Aming dalam berinteraksi dengan orang ramai.
Dalam rakaman tersebut, usahawan berkenaan dilihat melayan peminat dengan mesra walaupun berada dalam keadaan sesak ketika acara berlangsung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ramah dan rendah diri Khairul Aming ketika berdepan peminat.
“Jumpa Khairul Aming dekat Absolut Bazaar! Dia sangat baik dan layan semua orang dengan baik.
“Nasib baik dia tinggi, ambil gambar dari jauh pun boleh. Kalau tidak makin sesak.
“Majlis restu ilmu ke ni,” komen seorang lagi pengguna.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.