“Saya fikir dah sampai masanya, malah bersedia untuk move on” Diana Danielle temui pengganti Farid Kamil?

Pelakon Diana Danielle menjelaskan lelaki yang sering menemaninya kini merupakan teman istimewa yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata dia kini membuka lembaran baharu dalam hidupnya selepas menjalinkan hubungan rapat dengan lelaki bujang tersebut.

Perkara itu bukan sesuatu yang besar bagi saya dan rasanya tak salah (jalin hubungan) memandangkan sudah hampir setahun bab itu (perceraian) berlaku dalam hidup saya.

“Saya fikir sudah sampai masanya (buka pintu hati), malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’.

“Saya kini mengenali seseorang yang sesuai, matang, jadi kita boleh buat keputusan sendiri,” katanya di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, semalam.

Mengulas sama ada dia berdepan kesukaran sebelum terbuka untuk menjalin hubungan baharu dengan ahli perniagaan berkenaan, Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata cabaran itu mungkin lebih dirasai oleh kekasihnya.

Pelakon filem Imaginur itu bagaimanapun menjelaskan dia akan berusaha mencari jalan terbaik sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya rasa memang susah untuk dia (kekasih) kerana saya sukar untuk percayakan orang baru.

Lagipun saya ada anak, takut ada isu sampingan dan sebagainya. Jadi, saya cuba uruskan perkara ini dengan perlahan, berhati-hati serta cuba untuk tak salah langkah,” ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Diana mengakui buat masa ini dia lebih selesa menumpukan hubungan antara mereka berdua sahaja.

“Sekarang dia kerap dengan saya sahaja, bukan dengan anak-anak. Saya pilih tak campur adukkan perkara itu,” katanya.

Pada masa sama, Diana berkata dia tidak meletakkan sebarang sasaran dalam hubungan tersebut dan memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

“Masih terlalu awal bercakap soal ke depan. Segala-galanya masih terlalu awal, kita jalani saja dengan tenang,” tambahnya lagi.

Sumber: hibglam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *