Hasrat pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha untuk menjamu selera di restoran milik usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming iaitu Rembayung masih tidak kesampaian selepas menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ yang menjual slot tempahan di premis tersebut.
Menurut Daiyan, 33, dia dan rakan-rakannya terpaksa reda dengan perkara tersebut tetapi menegaskan tindakan menipu tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Khairul Aming, KA, kalau tengok ini, pergi tangkap orang yang scam kami itu.
Tapi sesiapa yang scam orang tu, siaplah kalian pada bulan puasa ini, tak baik tau,” katanya dalam sebuah video.
Dalam hantaran sama, dia dalam nada berseloroh menyimpan harapan agar Khairul Aming dapat mengambil tindakan terhadap individu yang menipu mereka.
Tadi berbuka di lokasi lain sebab kami semua mangsa scam Rembayung.
“Saya harap orang yang scam itu stoking dia basah dan bantal dia panas.
“Kalau hujan, biar air hujan itu masuk dalam kasut dia dan tak berhenti-henti basah sehingga tiga jam,” ujarnya.Water
Daiyan bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah kerugian yang dialaminya selepas menjadi mangsa penipuan scammer.
Sebelum ini, beberapa individu lain dalam media sosial turut meluahkan menjadi mangsa penipuan scammer yang menjual slot tempahan di Rembayung.
Sumber : kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.