Pengacara Hawa Rizwana dan usahawan, Boss James menarik perhatian netizen selepas tular klip siaran langsung mereka di TikTok baru-baru ini.
Dalam potongan klip berkenaan, Hawa, 31, dilihat mengadu kepada Boss James mengenai keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

Kalau tangkap basah, kahwin sajalah
Bagaimanapun, reaksi Boss James, 34, atau nama sebenarnya James Ng, menjadi tumpuan warganet yang kurang senang dengan interaksi mereka.
“Setiap kali awak sakit, datang rumah saya. Saya jaga awak. Kalau siapa-siapa datang tangkap, terus kahwin saja lah. Ingat saya tak berani ke?” kata Boss James dalam siaran langsung itu, yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap Hawa, mendakwa cara pembawakan dirinya dianggap kurang ‘class’.
Warganet juga turut menekankan perilaku pengacara itu yang kerap membetulkan tudung semasa siaran langsung.


Klip berkenaan kini menjadi bualan hangat di media sosial, dengan pelbagai pandangan dikongsi mengenai interaksi dua figura terkenal itu.
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.