“Prince Syed Shahid meninggaI dunia?” muat naik vdeo hitam putih berserta Surah Al-Fatihah

Pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid dilaporkan berada dalam keadaan membimbangkan selepas satu perkongsian misteri dimuat naik di akaun rasmi miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, sekeping gambar hitam putih memaparkan wajah Prince Syed dikongsikan bersama kapsyen “Al-Fatihah” serta kenyataan ringkas memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Perkongsian itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut dan rakan media sosial.

prince syed

Sebelum ini, Prince Syed dilaporkan menerima rawatan di hospital dan dijaga oleh kakaknya, Syarifah Syah. Namun, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan keluarga terdekat mengenai status sebenar kesihatannya.

Nama pempengaruh itu turut menjadi perhatian sebelum ini susulan dakwaan daripada ibu mentuanya berhubung komplikasi kesihatan isterinya, Fatin Syazwani. Difahamkan, Fatin didakwa mengalami komplikasi serius selepas menjalani prosedur bariatrik yang menurut pihak keluarga dilakukan bagi tujuan promosi produk

Terdahulu, Prince Syed juga pernah berkongsi rasa lega kerana tidak lagi perlu bersiap atau bersolek tebal untuk menghasilkan kandungan selepas isu berkaitan mereka menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, keadaan sebenar masih belum disahkan dan orang ramai terus menantikan penjelasan lanjut daripada pihak keluarga.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *