“Fiona ketika itu masih muda dan baru tamat sekolah. Dia pernah..” individu dedh siapa sebenarnya isteri Hafiz Suip

SELEPAS penyanyi Hafiz Suip mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya dengan Fiona Saffiyya, rata-rata netizen mula mencari identiti wanita bertuah itu.

Menerusi perkongsian di akaun Threads tulip impiana, Fiona dipercayai bekerja sebagai ejen insurans berjaya yang sering memenangi anugerah setiap tahun dalam industri tersebut.

Malah, pemilik akaun itu menyifatkan Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, beruntung dikurniakan seorang perancang kewangan yang hebat.

“Netizen mula mencari identiti pencuri hati Hafız Suip.

“Orangnya bukan calang-calang, Fiona seorang top ejen insurans yang setiap tahun memenangi anugerah dalam dunia insurans.

“Tahniah Hafız kerana mendapat isteri yang bijak, seorang perancang kewangan daları kehidupan. Orang Bidayuh memang cantik dan manis,” tulisnya.

Pada hantaran berkenaan, individu itu turut berkongsi kejayaan Fiona dalam bidang insurans.

Tidak hanya itu, Fiona juga dikatakan pernah mencuba nasib dalam dunia hiburan sebagai penyanyi selepas menyertai program My Starz LG musim kedua.

Pada Jumaat, Hafız Suip kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *