Selepas 12 tahun menetap di rumah sewa, pempengaruh terkenal Khairul Aming akhirnya berkongsi khabar gembira apabila bakal memiliki rumah pertama tidak lama lagi, sekali gus mencuri perhatian ramai pengikut di media sosial.
Beli rumah pertama..
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa dia akan mengambil kunci kediaman tersebut dalam masa terdekat selepas lebih sedekad menyewa.
“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya.
@newsnugget.my Tahniah KA #khairulaming #rembayung ♬ Little Things – Adrián Berenguer
Rumah pertama tak terlalu besar
Dalam pada itu, Khairul Aming menyatakan kediaman yang dibeli bukanlah bersaiz besar tetapi hanya sebuah kondominium kecil yang sesuai dengan dirinya yang masih bujang.
“Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet.
“Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” ujarnya.
Rumah kecil sekali bayar tak ada hutang
Perkongsian itu nyata mengundang reaksi positif daripada peminat yang turut tumpang gembira dan menganggap kejayaan itu sebagai hasil kerja keras Khairul Aming selama ini.

Macam ni la, bisnes dah berjuta tahan diri dari beli rumah

Lagi kecil lagi senang nak kemas

Sebelum ini, usahawan muda tersebut telah berkongsi khabar gembira apabila bakal membuka restoran makanan di Kuala Lumpur diberi nama Rembayung.
Ujarnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital, Khairul Aming mengorak langkah baru dengan membuka restoran yang dibina dari tapak kosong di kawasan Kampung Baru, dengan keluasan 8,000 kaki persegi.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.