ramai netzen geleng kepala lihat cadangan lelaki ini yang boleh membuatkan Khairul Aming masuk Iokap

Warga X menganggap semakin hari semakin gila kelakuan netizen di Malaysia yang cuba menyekolahkan Khairul Aming untuk mengendalikan perniagaannya.

Sebelum ini mengarahkan Khairul Aming untuk membayar pegawai CTO atau Chief Technology Officer dan menukar server semasa untuk tempahan atas talian.

Khairul Aming masih membalas dengan nada lembut menjelaskan bahawa: “Saya buka kedai makan sahaja bang, saya mohon jangan letak harapan sepertinya saya menganjurkan konsert di Bukit Jalil.”

Netizen Geleng Kepala Tengok Cadangan Lelaki Ini Yang Boleh Membuatkan Khairul Aming Masuk Lokap

Seterusnya ada juga mencadangkan Khairul Aming menjual ayam gepuk serta roti canai versi Khairul Aming. Netizen itu turut mencadangkan Khairul Aming membuka khemah depan Rembayung untuk jual sambal dan dendeng, kemudian tambah lagi cawangan ke seluruh Malaysia.

Netizen Geleng Kepala Tengok Cadangan Lelaki Ini Yang Boleh Membuatkan Khairul Aming Masuk Lokap

Cadangan yang mendekatkan Khairul Aming dengan penjara

Terbaru, seorang lagi netizen tampil dengan cadangan yang boleh membuatkan Khairul Aming ditangkap pihak berkuasa dan melanggar undang undang berkaitan data peribadi.

Mana tidaknya, apabila Nizam mencadangkan Khairul Aming menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengelak scalper.

Nizam menulis: “Salam Khairul Aming, sekadar pendapat untuk melawan scalper. Tambah aspek keselamatan tempahan dengan nombor kad pengenalan. Jadi slot tidak boleh ditukar atau dijual miliki. Sebarang perubahan nombor kad pengenalan tidak dilayan.”

Khairul Aming jelas terkejut dengan cadangan itu. Dan menegaskan bahawa ianya cadangan yang tidak boleh diterima. Ini kerana KA hanya berniaga kedai makan dan tiada keperluan undang undang untuk dia sesuka mengutip nombor kad pengenalan orang awam.

“Wassalam, tak boleh bang. Sebagai kedai makan, tak ada keperluan undang undang yang membolehkan saya kutip nombor IC sebab itu data peribadi pelanggan yang sangat sensitif di bawah Akta Perlindungan Akta Peribadi [PDPA],” balas Khairul Aming.

Khairul Aming
Foto: X

Netizen segera mengingatkan bahawa cadangan tersebut boleh membuatkan Khairul Aming ke penjara kerana melanggar akta PDPA.

Ini kerana, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) di Malaysia, melalui pindaan 2024 yang berkuat kuasa April 2025, menetapkan hukuman lebih berat bagi pelanggaran data peribadi. Pesalah boleh didenda sehingga RM1,000,000, penjara maksimum 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Pindaan ini juga meletakkan tanggungjawab keselamatan kepada pemproses data.

Walaupun akui geram dengan netizen yang berterusan cuba memberikan cadangan tidak masuk akal, netizen tetap kagum dengan cara Khairul Aming yang masih tenang dan beradab ketika membalas komen.

“Cara Khairul Aming membalas dengan sopan membuatkan dia lebih disukai,” kata seorang pengguna X.

“Cara Khairul Aming membalas dengan sopan membuatkan dia lebih disukai,” kata seorang pengguna X.

Seterusnya ada juga yang menganggap cadangan itu terlalu tak masuk akal. Kerana semua orang tahu bahawa nombor kad pengenalan adalah data peribadi yang sensitif dan tak boleh diakses sesuka hati oleh pihak lain.

Netizen Geleng Kepala Tengok Cadangan Lelaki Ini Yang Boleh Membuatkan Khairul Aming Masuk Lokap

Sumber: thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *