SEORANG guru sekolah rendah meraih perhatian ramai selepas dia membuat teguran terbuka kepada ibu bapa menerusi aplikasi Thread.
Dalam hantaran itu, dia meminta ibu bapa agar mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran asas agar tidak menyusahkan guru ketika berada di sekolah.
“Kalau tak pernah hantar anak ke sekolah, tolonglah ajar anak kat rumah cara untuk tutup dan buka bekal makanan serta cara basuh berak dan kencing.
Kami cikgu, bukan bibik nak menyantuni putera puteri raja sebegitu rupa. Kita ada 39 lagi murid nak kena tahu itu dan ini. Bukan anak tuan hamba seorang je tau.
“Ni bukan level tak pandai, ni level manja dan mengada-ngada. Tolonglah mak ayah, peka dengan anak. Jangan ‘campak’ (sikap lepas tangan) semua benda kepada kami,” tulis guru wanita itu.
Dalam hantaran sama, guru itu memberi pujian kepada kumpulan ibu bapa yang bijak mendidik anak-anak sehingga berjaya meringankan beban pendidik di sekolah.

Dia turut memberi saranan kepada ibu bapa agar mengajar kemahiran asas kepada anak-anak pada usia enam tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.
Beberapa individu seperti guru dan ibu bapa turut meninggalkan komen masing-masing berhubung isu itu.
“Pelik, dekat rumah anak-anak ni tak berak ke sampai tak sempat mak ayah nak ajar cara basuh berak dan kencing?
“Ada juga ibu bapa yang tanya cikgu untuk ajar melatih anak dia guna tandas. Sebulan cikgu kena mengajar di tandas.
“Bab ni memang kena ajar. Dulu sebelum masuk sekolah, saya ajar anak-anak cara uruskan kencing dan berak. Saya risau kalau menyusahkan cikgu.
“Itu belum lagi murid yang makan bersuap. Kalau tak suap, tak sentuh makanan. Ada juga yang bawa botol susu ke sekolah, tulis beberapa pelayar Thread.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.