Anak sulung pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad, 13, dilaporkan mengalami masalah saraf pada wajah yang dipercayai berpunca daripada gangguan Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.
Perkara itu dikongsi sendiri Diana menerusi Instagram Story (IGs) beliau.
“Semua pakar mempunyai pendapat masing-masing. Dia sudah pun dibenarkan keluar hospital semalam dan perlu mengambil steroids. Kami juga akan membuat temu janji untuk MRI.
“Muhammad sudah menunjukkan pemulihan dan doakan keadaan dia bertambah baik,”kongsinya.

Diana Danielle kongsi anak sulung alami lumpuh muka secara tiba-tiba
Menurut Diana, anaknya sebelum ini mengalami demam virus namun telah menjalani pemeriksaan menyeluruh dengan beberapa pakar, termasuk neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar perubatan.
Dalam pada itu, Diana Danielle Danny Beeson meluahkan rasa syukur apabila Muhammad sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Fokus utama kini adalah untuk memulihkan saraf pada wajah Muhammad.
“Ada beberapa huruf yang sukar untuk dia sebut seperti M, B dan P. Jadi, dia perlu selalu berlatih sebut huruf-huruf itu,” tambah Diana.


Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.