Penampilan anak perempuan kepada pelawak Shuib, iaitu Thalita ketika menghadiri sebuah majlis gender reveal baru-baru ini mencetuskan perbincangan di media sosial apabila menerima kritikan daripada segelintir netizen yang menganggap ia kurang sesuai dengan usianya.
Baju terdedah bahu digayakan Thalita kurang sesuai
Menerusi perkongsian yang tular, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra Shahmira yang kini berusia 13 tahun dilihat tampil mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan dedah bahu, sekali gus menarik perhatian ramai.

Sedih tengok baju
Walau bagaimanapun, penampilan remaja itu menerima reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak yang beranggapan busana tersebut terlalu mencolok mata untuk seorang remaja seusianya.
Ada juga yang menyuarakan rasa simpati terhadap pemilihan pakaian berkenaan.

Kesian baju tak sesuai

Keluarga kena cakna hal pakaian

Suara dah sedap tapi pakaian…

Difahamkan, Thalita hadir bagi memeriahkan majlis gender reveal anak kelima Shuib yang berlangsung di Gombak, Selangor pada petang Sabtu.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, sebelum ini berkongsi berita gembira bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.