“Kalau dah berpisah mestilah ada sebab kan?”, demikian respons penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai segelintir ‘Coach Rujuk’ yang bertindak memaksa pasangan rujuk kembali.
Kata Fazley, perceraian bukan sesuatu yang berlaku tanpa sebab, dan campur tangan berlebihan dengan meminta pasangan rujuk semula adalah tindakan yang tidak wajar.
“Kepada geng-geng ‘Coach Rujuk’ please berhenti suruh ‘Cuba get back together! Kahwin balik lah! Kenapa cerai? Rujuklah semula demi anak! Kalau masih sayang menyayangi cuba berbaik balik!” katanya.

Tambahnya, jika kedua-dua pihak masih mampu bekerjasama dan berbaik demi anak-anak, perkara itu pasti akan dilakukan tanpa sebarang paksaan.
“Kau orang mereka dah berpisah, mestilah ada sebab kan? Kalau dua-dua masih berbaik for sure lah demi anak-anak. Walaupun hati masing-masing dah tak menyintai. Geng-geng ni pernah kena tampar dengan chopping board tak?,” jelasnya.
Sumber : xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.