PELAKON Mia Sara tampil mengakui kesilapannya susulan kenyataan yang pernah ditulisnya sebelum ini sehingga mengundang salah faham terhadap aktres Puteri Balqis
Mia atau Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, berkata selepas membaca semula kenyataan tersebut, dia menyedari cara penulisannya sememangnya boleh mengundang tafsiran negatif walaupun itu bukan niat sebenarnya.
Kata Mia, isu berkenaan menjadi semakin besar sehingga membuatkan dirinya buntu dan tidak tahu bagaimana untuk memperbetulkan keadaan.
“Saya tak salahkan dia pun, sebab apabila baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat mengundang. Saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya tengah menghina.
“Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya panik tidak tahu perlu berbuat apa,” katanya
Mia berkongsi perkara itu menerusi sebuah klip acah (teaser) sesi temu bual program audio siar Kita Kita Aje yang dimuat naik di instagram.
Dalam pada itu, Mia memberitahu bapanya meminta dia tidak terus mengulas atau mempertahankan diri kerana bimbang kenyataannya akan terus diputar belit dan memburukkan keadaan.
Tambahnya, dia rasa bersalah yang mendalam kerana berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.
“Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak perlu cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya. Orang putar belit kata-kata saya atau apakah, saya tak perlu mempertahan diri sendiri.
“Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam.
Saya rasa bersalah, kerana saya yang tersilap cakap,” ujarnya.
Sebelum ini, Puteri Balqis meluahkan rasa bengang dengan tindakan Mia yang didakwa pernah memburukkan dia serta ibunya di hadapan orang ramai.
Malah aktres berkenaan turut mendakwa tindakan Mia menangis di hadapan media ketika ditemu bual disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.