“Jangan guna agama nak tunjuk baik” tak elok cara tu, kurang ajar dan kasar. Puteri Balqis bidas kenyataan Daler Yusof

Selepas beberapa rakan artis ditegur dengan lantang kerana mempersoalkan tindakannya mempertahankan maruah ibu dan keluarganya, kini Puteri Balqis sekali lagi tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Daler Yusof.

la susulan tindakan aktor itu yang menegur tindakan bapa tiri dan tunangnya agar tidak mencampuri urusan perempuan.

Enggan berdiam diri dengan luahan peribadi Daler, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa dengan panggilan Aqish tampil membidas kenyataan tersebut.

Menurutnya, ayah tirinya merupakan seorang individu yang sabar dan sentiasa mempertahankan keluarganya.

Ayah tiri aku sesabar-sabar manusia. Liberal ke, freemason ke apa saja orang percaya. Kau dengar ni. Kami yang hadap. Kau apa tau?,” katanya.

Malah, Aqish turut menasihati Daler agar tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk tampil seolah-olah berperwatakan baik, sedangkan gagal menunjukkan nilai kemanusiaan terhadap orang lain.

“Kau dengar sini ye. Jangan guna agama kau nak tunjuk baik. Kami tahu dengan siapa kami perlu baik. Kau tak payah nak mengucap sangat kalau humanity kau tak ada untuk keluarga seperti kami.

“Betul-betul barua ayat kau. Dia bapak aku. Suami mak aku yang kisah. Dia ada hak pertahankan kami. Suami tu saya setuju 100%. Tapi Aku dan mak aku doa satu hari kau, keluarga kau, keturunan kau ditimpa seteruk teruk bala kerana mempertahankan orang-orang yang khianat kami, yang buli kami.

“Kau tak tahu berapa lama kami diam. Berapa lama kami meraung dalam m diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang dia kenakan mak aku waktu mak aku miskin,” tegasnya.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *