“Dar4h beku di saluran utama otak, jalani pembedahan” keluarga terkjut Shamsul Ghau Ghau tak pernah ada masalah kesihatan, Ini keadaan terkini beliau

PROSEDUR membuang darah beku pada bahagian kiri otak yang dijalani pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau, disifatkan sebagai pembedahan major berikutan kedudukannya yang berada di saluran utama serta bersaiz besar.

Isterinya, Sharifah Azrinah, berkata doktor memaklumkan keadaan berkenaan sepatutnya dirawat dalam tempoh empat jam selepas serangan strok berlaku.

“Doktor kata ia kes major kerana darah beku berada di saluran utama dan bersaiz besar. Sepatutnya prosedur ini perlu dilakukan dalam tempoh empat jam selepas serangan berlaku, tetapi disebabkan kami sendiri tidak tahu bila ia bermula, jadi agak sukar untuk menjawab pertanyaan doktor.

Alhamdulillah, selepas prosedur dilakukan pada jam 6 petang semalam, dia sudah boleh mengenali orang sekeliling dan siap memanggil tetamu yang datang menziarahinya. Cuma keadaannya masih lemah dan perlu dipantau,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai detik awal kejadian, Sharifah Azrinah berkata perubahan pada keadaan suaminya mula disedari pada malam Jumaat apabila jari tangan Shamsul tiba-tiba menguncup dan menjadi lemah..

“Pada malam Jumaat saya perasan jari tangannya menguncup sehingga perlu bantuan untuk mengangkat barang kerana tangannya tiba-tiba menjadi lemah.

“Apabila saya nampak keadaan itu, saya sudah tergerak hati mungkin suami terkena serangan strok. Namun tidak lama selepas itu, keadaan tangannya kembali normal, cuma dia ada beritahu tangannya berasa lain,” katanya.

Keadaan itu bagaimanapun berlarutan apabila Shamsul menunjukkan kesukaran untuk berkomunikasi dengan jelas.

“Malah apabila saya berbual dengannya, dia seperti tidak boleh menjawab, Keesokan harinya saya membawanya ke klinik kerana mengalami batuk. Lebih membuatkan saya risau apabila dia menunjukkan tanda-tanda lupa ingatan. Dia tidak boleh memberi respons terhadap soalan yang ditanya oleh doktor.

Sampai di hospital, ketika doktor membuat pemeriksaan dia masih tidak dapat menjawab berada di mana, dan doktor terus melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Keputusannya menunjukkan terdapat darah beku di bahagian otak kiri,” katanya.

Tambahnya, beberapa rakan di set penggambaran menyedari perubahan pada keadaan Shamsul, namun menyangka suaminya sekadar kurang sihat.

“Ketika berada di set penggambaran, ada yang perasan keadaannya seperti tidak okey, tetapi mereka hanya fikir suami kurang sihat dan memberi kelonggaran untuk berehat,” katanya.

Semalam, mStar melaporkan Shamsul terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang, selepas mengalami pendarahan beku pada bahagian otak.

Perkara itu dikongsikan oleh aktres Sheila Mambo selepas menerima berita daripada isteri Shamsul sendiri, selain memaklumkan keperluan bantuan kewangan sebanyak RM25,000 bagi menanggung kos pembedahan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *