“Saya tak benci awak dan tak backup pembuli” Janna Nick mohon maaf, sedia lakukan perkara ini

PELAKON Janna Nick secara terbuka tampil memohon maaf kepada aktres Puteri Balqis susulan kekecohan dan salah faham yang berlaku antara mereka.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada Puteri Balqis.

“Andai kata tak sudi jumpa, tidak mengapa. Saya minta maaf atas segala salah laku selama kita pernah bekerjasama 10 lepas untuk empat hingga lima hari atau mungkin kurang daripada itu.

Saya doakan awak terus dilimpahkan rezeki dan dapat terus jaga mak awak,’ tulisnya.

Dalam hantaran di Instagram itu Janna turut memberitahu dia masih menunggu respons Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish selepas diajak bersemuka secara atas talian.

Tambah Janna, dia mengharapkan pertemuan tersebut dapat menjernihkan keadaan selain meleraikan segala salah faham yang berlaku.

“Saya masih tunggu jawapan. Okay ke kalau kita berjumpa untuk jernihkan keadaan?

“Saya tak suka awak nak assume saya tak suka awak, saya backup pembuli. Saya tak benci awak dan saya tak backup pembuli.

“Tapi awak mention saya terang-terangan dan buat tuduhan melulu,” ujarnya.

Pelakon itu turut memohon maaf atas kekeliruan berhubung hantaran yang pernah dibuat di laman Threads sebelum ini.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *