“Da’i Syed dipenjra 10 tahun dan sebaat” vdeo reaksi Hana Ismail undang sebak ramai

Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail tampil memberikan reaksi ringkas selepas suaminya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri Da’i Syed memilih untuk tidak mengulas panjang berhubung keputusan mahkamah tersebut, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya urusan berkenaan kepada Allah SWT serta pihak peguam.

Saya serahkan kepada Allah dan peguam,” katanya ringkas.

Reaksi itu hadir selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu, sekali gus memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.

Rakaman berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang meluahkan simpati terhadap ahli keluarga tertuduh, selain mengingatkan orang ramai agar menjaga adab dalam memberi komen memandangkan kes tersebut telah diputuskan oleh mahkamah.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *