“Ramai yang terkesan dengan lsu Iaser fefeek, biar aku je cantik sorang.” Tindakkan Sasha Aziz buat ramai terkjt

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, tampil memberikan respon selepas menerima kecaman susulan perkongsiannya mengenai rawatan laser di bahagian alat sulit.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Sasha mengakui ramai pengguna media sosial dilihat kurang senang dengan perkongsian tersebut, meskipun niatnya sekadar berkongsi pengalaman peribadi.

sasha abdul aziz

Susulan reaksi negatif yang diterima, ibu kepada tiga orang anak itu memaklumkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkara berkaitan kecantikan selepas ini.

“Nampaknya ramai yang triggered dengan hantaran saya tentang laser kemaluan. Berkongsi salah, tak kongsi salah.”

“Aku cantik seorang sahajalah lepas ini, malas dah nak kongsi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Sasha agar tidak berkongsi perkara bersifat privasi secara terbuka, memandangkan media sosial diakses oleh pelbagai lapisan umur.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menegur penggunaan bahasa yang digunakan oleh Sasha, yang didakwa kurang sesuai sebagai pengganti kepada istilah sebenar bagi alat sulit.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *