Penyampai radio, Sharifah Shahirah tampil menjawab tanggapan segelintir pihak yang mendakwa suaminya Ijoy Azhari tidak bekerja.
Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 52, berkata, persepsi tersebut tidak tepat kerana peranan Ijoy dalam keluarga cukup besar dan tidak boleh dinilai berdasarkan wang semata-mata.
“KERJA DIA MENYENANGKAN HATI AKU”
Kata Shiera, suaminya memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga serta memberi sokongan penuh, terutamanya dalam hal membesarkan anak-anak.
“Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku.
“Dia (suami) yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang.
“Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak,” katanya.
Shiera berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual program audio siar Too Pretty Too Handle yang dimuat naik di saluran YouTube.
IJOY ADA GERAI MAKAN
Dalam pada itu, Shiera turut mendedahkan Ijoy sebenarnya mempunyai gerai makanan dan masih menerima tawaran berlakon, namun bayaran yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal.
Katanya laagi, dia juga tidak ambil pusing dengan pandangan orang luar terhadap kehidupan mereka.
“Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon.
“Kalau saya buat IG reviu lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon.
“Saya jadi malas, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin. Saya dah tak kisah,” ujarnya.
Mengulas kritikan masyarakat yang sering meletakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya di bahu lelaki, Shiera berkata dia sedar suaminya sudah berusaha sedaya upaya.
“Kalau orang cakap lelaki kena itu ini (kerja kuat) saya tak boleh buat apa. Saya tahu Ijoy sudah cuba yang terbaik.
“Saya tak boleh buktikan kepada semua untuk jadi yang terbaik. Ijoy ada kelebihan lain, dalam buruk dia ada baiknya juga.
Shiera (kiri) dan Ijoy sudah 23 tahun mendirikan rumah tangga.
“Kita semua ada rezeki dan cara masing-masing,” katanya.
Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada 2003.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 22, Airra, 19, Audra, 17, dan Adeena, 10 tahun.
Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak perempuan Bernama Tallisya yang kini berusia 28 tahun.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.