Petaling Jaya : Pelakon Datin Maria Farida, 56, memaklumkan tidak ambil kisah dengan kritikan netizen yang kurang selesa dengan imejnya yang dikatakan masih seksi.
Maria berkata, dia mendapat keizinan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur dan apa yang dilakukan adalah untuk kepuasan diri sendiri dan bukan untuk memuaskan hati orang lain.
“Memang macam-macam netizen hentam. Tapi bagi saya, apa yang buat saya gembira, saya akan buat sebab saya berpakaian untuk diri sendiri bukan untuk orang.
“Suami pun okey. Asalkan dia okey, saya pun okey. Saya tak pakai untuk memuaskan hati orang lain. Jadi lagi orang hentam, lagi orang kutuk, lagi saya buat.
Saya rasa saya tak seksi pun, macam biasa saja. Tapi semua orang ada pendapat masing-masing. Janji saya gembira, tak kacau dan tak aniaya orang,” katanya ditemui pada Malam Gala filem Pemuja terbitan Metrowealth, malam tadi.
Pada masa sama, Maria mengakui susah untuk menjawab soalan berkaitan tip kecantikan kerana dia sebenarnya tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang disangka ramai.
“Saya bukan pergi bersenam, berjoging atau makan secara sihat. Sebenarnya tak. Saya buat semua yang bertentangan. Saya suka makan coklat dan ambil makanan tidak sihat. Bersenam pun tidak.
“Selalu juga kena marah dengan anak-anak yang suruh saya pergi berjalan atau joging. Tapi tidak, saya lebih rela layan diri tengok Netflix atau pergi tengok wayang. Itu senaman saya,” katanya.
Dia turut menyentuh mengenai penjagaan wajah dan menafikan melakukan suntikan wajah untuk kekal tegang.
“Saya hanya buat ‘facial’ tapi itu pun yang biasa, bukan suntik sana sini sebab itu (suntikan) semua sakit. Terlalu sakit, saya tak boleh terima. Lagipun bila buat, jadi tak cantik dan pelik, malah buat kita nampak lagi tua.
”Bagi saya, ‘aging gracefully’ (menua secara natural) lebih baik daripada cucuk muka sampai jadi lain. Lebih baik kita hargai apa Allah dah bagi. Lagipun sekarang penapis foto (filter) dan mekap ada, semua boleh guna.
“Sebenarnya kelebihan awet muda yang dimiliki sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor genetik keluarga saya.
”Saya bertuah sebab keluarga saya memang semua awet muda. Emak, arwah nenek dan sebelah bapa saya iaitu Filipina pun semua awet muda,” katanya.
Sementara itu, Pemuja arahan Azmir Affandi menampilkan Maria sebagai seorang bidan kampung bernama Mak Pah.
Selain Maria, filem ini turut menampilkan Qi Razali, Yasmin Hani serta Namron dan mula ditayangkan di pawagam bermula esok.
Sumber : hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.