Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang didakwa gemar mengecam individu lain meskipun niat asal individu tersebut adalah untuk membantu secara ikhlas.
Menerusi hantaran di media sosial, Rita tampil mempersoalkan mengapa niat baik seseorang sering disalah tafsir sekali gus menjadi sasaran kecaman.
“Kalau niat untuk bantu orang dengan ikhlas memang tak boleh ye? Memang orang tak suka, orang keji?
“Kena berlagak, sombong, angkuh, dengki, busuk hati, fake, menipu, penjilat. Baru orang sanjung dan layan hang baik, faham,” katanya.
Jelas Rita, dia bukanlah individu yang bersikap bermuka-muka yang juga disifatkannya sebagai ‘trend lalang’.
“Saya tak tahu pula trend zaman sekarang macam ni. Maaf lah, sis tak pandai nak ikut ‘trend lalang’.
“Semoga maju jaya lah dunia dan akhirat,” luahnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut, namun rata-rata warganet bersetuju dengan luahan peribadi aktres itu.

Sumber : xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.