“Benda itu spontan, atas kesilapan diri sendiri” vdeo Zumba tak berkain, tuan badan tampil bersuara

BENDA itu spontan, atas kesilapan diri sendiri.”

Demikian kata seorang wanita susulan aksinya bersama seorang lagi individu yang mengenakan baju kurung tanpa berkain ketika bersenam, tular di laman sosial.

Dalam penjelasan ringkasnya, wanita tersebut turut memohon maaf sambil menjelaskan bahawa penganjur acara tidak terlibat atau mengetahui perkara tersebut.

“Dekat sini saya nak mohon maaf atas kejadian pagi tadi, yang kes bertudung tapi tak berkain.

“Pagi tadi kita ada buat zumba dekat sini (Dewan Bukit Badong), penganjur memang tak tahu apa-apa.

“Saya buat siaran langsung tu secara spontan. Saya mohon maaf bila ada individu yang pakai tudung tapi tak berkain. Benda itu spontan, atas kesilapan diri sendiri,” ujarnya dalam video yang dimuat naik di laman sosial.

Terdahulu, tular video memaparkan aksi dua wanita yang melakukan senaman dengan mengenakan pakaian kurang sopan, sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya.

Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah laman grup Facebook, kelihatan dua wanita rancak bersenam dengan mengenakan baju kurung putih seperti pakaian seragam sekolah tanpa kain dan seorang yang lain memakai ‘legging’ hitam jarang.

Apa yang mengejutkan, kedua-duanya mengenakan tudung.

Warga maya mengecam tindakan dua wanita tersebut yang dianggap mempersendakan ajaran Islam sambal menggesa pihak yang berwajib mengambil tindakan terhadap individu yang berkenaan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *