Program SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang mula dikreditkan pada semalam terus memberi manfaat kepada jutaan penerima di seluruh negara, khususnya golongan bujang yang berdepan tekanan kos sara hidup semakin meningkat.
Bantuan SARA beri manfaat golongan bujang
Tinjauan mendapati bantuan bulanan yang disalurkan melalui MyKad itu membantu penerima menampung keperluan asas harian seperti makanan dan barangan dapur, sekali gus membolehkan mereka merancang perbelanjaan dengan lebih tersusun.
Foto: Bernama
Seorang penerima, Zafry Danish Zulkiflee, 24, berkata, inisiatif SARA memberi kelegaan ketara kepadanya sebagai individu bujang yang tinggal bersendirian serta menanggung perbelanjaan sendiri.
Saya rasa gembira sebab sedikit sebanyak dapat jimat perbelanjaan sebulan untuk barang dapur, sebagai individu yang duduk seorang,” katanya ketika ditemubual Oh My Media.

Menurut pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu, bantuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan asas yang menjadi keutamaan dalam kehidupan harian.
Selalunya bantuan SARA ini saya guna untuk beras, telur, gula, garam dan barangan dalam kategori barang dapur. Sekurang-kurangnya keperluan asas dah terjamin,” ujarnya.
Dia turut berpandangan tempoh penyaluran bantuan secara bulanan adalah bersesuaian dengan keperluan kewangan penerima, terutamanya dalam situasi kos sara hidup yang tidak menentu.
“Bantuan ini sangat sesuai sebab ia dikreditkan setiap bulan. Jumlah keseluruhan yang diterima banyak membantu untuk berjimat dan mengurus perbelanjaan dengan lebih baik,” katanya lagi.
Sementara itu, bagi Farah Nadia Muhammad Fazlie, 28, bantuan SARA memainkan peranan penting dalam meringankan beban kewangan individu bujang berpendapatan rendah, walaupun nilai bantuan yang diterima adalah terhad.
“Bagi saya, bantuan SARA ini amat membantu kerana ia dapat menampung sebahagian keperluan asas harian dan mengurangkan tekanan kewangan. Ia selari dengan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
Mengulas tempoh keberkesanan bantuan, Farah berkata, nilai RM50 yang diterima bagi kategori bujang lazimnya hanya mampu bertahan sekitar dua minggu, namun tetap memberi impak besar kepada penerima.
“Walaupun tempohnya singkat, ia sangat penting kerana membantu kami melalui fasa paling mencabar dalam sebulan, terutamanya sebelum gaji atau pendapatan diterima. Ia juga membantu dalam merancang perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur,” kongsi Farah
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.