“Untuk Perempuan Di Luar Sana Seperti Mana Saya Kena, Tolonglah Bangkit” rupanya ini yang berlaku..

Pelakon Uqasha Senrose berkata dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya serta memberi peluang kepada suaminya, Kamal Adli namun tiada perubahan.

Menurut Uqasha lagi, dia sudah cuba bertahan dan keputusan untuk memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu bukan dibuat secara tergesa-gesa.

Kata Uqasha lagi, dia bertemu keluarga Kamal terlebih dahulu susulan permasalahan berlaku bagi menjaga maruah kedua belah pihak serta tidak mahu kemudaratan berlaku pada dirinya dan anak mereka, Hawra Uqaira

“Saya rujuk keluarga Kamal terlebih dahulu sebab saya tak mahu ada keaiban dari keluarga saya. Saya tak mahu apa yang berlaku ini mendatangkan kemudaratan kepada saya dan anak di kemudian hari.

“Saya harus ambil tindakan sebab saya sayangkan diri saya dan saya masih ada mak ayah. Keluarga saya perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha turut menitipkan pesanan kepada wanita-wanita diluar sana yang melalui perkara sama sepertinya untuk bangkit.

“Untuk perempuan-perempuan di luar sana seperti mana saya kena, tolonglah bangkit. Jangan memudaratkan diri anda. Korang ada keluarga, support yang kuat,” katanya.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *