“Saya nak selamatkan diri saya dan ank daripada kemudaratan”4tahun sy beri peluang.. rupanya ini yang berlaku

Pelakon Uqasha Senrose berkata dia keputusan memfailkan perceraian bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya selepas empat tahun berusaha pertahankan rumah tangga.

Memetik Sinar Harian, Uqasha berkata dia turut memberi peluang kepada suaminya, Kamal Adli untuk berubah serta cuba bertahan namun tiada perubahan.

“Empat tahun saya beri peluang untuk dia berubah, selama kami mendirikan rumah tangga. Bukan saya tak cuba.

“Sebenarnya saya sudah berusaha untuk perbaiki sebanyak mungkin dan saya cuba bertahan selama yang mungkin, tapi dia tetap tidak berubah,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata sepanjang kemelut berlaku dia selesaikan permasalahan itu sendiri termasuk berjumpa dengan keluarga mentuanya untuk berbincang.

“Saya sendirian kendalikan masalah ini. Malah saya berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk berbincang mengenai masalah rumah tangga kami tapi malangnya tak ada perubahan juga,” katanya.

Tambah Uqasha lagi, dia bertemu keluarga Kamal terlebih dahulu untuk menjaga maruah kedua belah pihak serta tidak mahu kemudaratan berlaku pada dirinya dan anak mereka, Hawra Uqaira.

“Saya rujuk keluarga Kamal terlebih dahulu sebab saya tak mahu ada keaiban dari keluarga saya. Saya tak mahu apa yang berlaku ini mendatangkan kemudaratan kepada saya dan anak di kemudian hari.

“Saya harus ambil tindakan sebab saya sayangkan diri saya dan saya masih ada mak ayah. Keluarga saya perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami,” katanya.

Sumber : sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *