GARA-GARA membuat lawak tidak kena tempat dengan berpura-pura pengsan di atas pentas Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) pada malam Sabtu, pelawak Mamak Puteh teruk dikecam netizen yang menganggap aksi tersebut tidak sensitif dan keterlaluan.
Mamak atau nama sebenarnya Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, menjelaskan babak itu sebenarnya sudah dirancang bersama pihak produksi.
“Benda ini memang dah dirancang dan pihak produksi pun dah tahu. Kami ‘try and error’ sebab nak cuba benda baharu.
Mamak (terbaring) ketika berlakon sedang pengsan.
“Tapi lepas buat, majoriti tak suka berbanding yang boleh terima lawak itu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Menurut Mamak, lawak berunsur ‘prank’ itu akan menjadi kali pertama dan terakhir dilakukan selepas menerima pelbagai teguran serta mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
Mamak turut mendedahkan aksi berkenaan menyebabkan dia dan rakan sepasukannya, Are Toy, mengalami sedikit kecederaan.
“Jadi bila dapat maklum balas macam itu, kami ambil maklum dan takkan buat lagi lawak sebegitu. Itu kali pertama dan terakhir.
‘Alhamdulillah keadaan saya okay, cuma ada sikit luka di tangan. Biasalah… benda tak dijangka dan tak boleh nak elak.
“Are Toy pun luka di tangan waktu dia jatuh terkena jarn. Tapi syukur semuanya selamat dan persembahan malam tadi berjalan lancar,” ujarnya.
Tambah Mamak, dia paling tersentuh apabila juri tetap iaitu Zizan Razak sanggup naik ke atas pentas untuk memeriksa keadaannya yang dikatakan benar-benar pengsan oleh Ali Puteh.
“Paling saya tak sangka dan terharu bila Zizan naik ke atas pentas. Dia memang terbaik, betul-betul seorang brotherhood,” jelasnya.
Terdahulu Mamak dikatakan benar-benar pengsan oleh Ali Puteh ketika membuat persembahan menyebabkan satu dewan terdiam hingga Zizan dilihat bergegas naik ke atas pentas untuk melihat keadaan pelawak itu.
Bagaimanapun Mamak tiba-tiba berpura-pura tersedar dan tidak menyangka lakonan yang dibuat berjaya menipu orang ramai yang panik melihat keadaannya ketika itu.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
