Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya yang juga ikon permotoran tempatan, Haqiem Stopa, berlaku curang sehingga meninggalkannya ketika dalam tempoh berpantang.
Menerusi satu hantaran di Threads, Aireena, 21, mendakwa dirinya ditinggalkan bersendirian sejak 19 September lalu selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka.
“Saya dah tak tahan, dari pantang sampai sekarang saya simpan.
“Satu persatu Allah tunjuk. Saya kena tinggal dalam pantang 19 September sampai sekarang,” katanya.

Isteri dakwa Haqiem Stopa curang
Aireena turut mendakwa suaminya yang berusia 25 tahun itu kembali berlaku curang dengan seorang gadis berumur 18 tahun.
“Dan hari ini (Sabtu 15 November) sekali lagi dia curangi saya. Untuk pengetahuan korang, gadis itu berumur 18 tahun,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga pasangan tersebut sedang dilanda masalah namun kedua-duanya memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut.
Dalam satu sesi siaran langsung, Aireena meluahkan rasa dirinya mungkin tidak lagi cukup untuk suami selepas melalui proses kehamilan dan bersalin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dan bersimpati dengan Aireena lebih-lebih lagi ia didakwa berlaku ketika dirinya masih dalam tempoh pemulihan selepas bersalin.
Sekadar rekod, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, mendirikan rumah tangga dengan Aireena pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
