“Malam ni aku mati!” adik dalam bhaya sempat minta bantuan kakak, dakwa warden ‘pejam mata’ kes buli di asrama

DEMI menyelamatkan adik menjadi mangsa buli, seorang kakak sanggup ‘meredah’ pintu pagar sekolah dan membawa keluar remaja itu dari asrama pada waktu malam.

Wanita itu bertindak sedemikian selepas menerima panggilan cemas daripada adiknya yang merayu supaya segera datang kerana bimbang akan dipukul pada malam tersebut.

“Adik saya pun mangsa buli. Saya datang mengamuk dekat sekolah lepas dapat panggilan daripada adik.

Kejadian buli boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk sekolah. -Gambar hiasan

Kak kau kena selamatkan aku harini. Kalau tak, malam ni aku mati kena pukul. Masa tu saya tak fikir sistem sekolah dah.

“Saya mengamuk nak bawa balik adik saya keluar dari asrama hari yang sama juga,” ujarnya menerusi Thread.

Menurut wanita itu, kejadian berkenaan sebenarnya sudah lama berlaku namun dia terpanggil untuk berkongsi semula bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kes buli di sekolah berasrama.

Lebih-lebih lagi apabila masyarakat kini sedang memberi tumpuan bagi mencari keadilan buat  Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia dipercayai ada kaitan dengan kes buli.

Dalam hantaran yang dibuat, wanita ini bagaimanapun tidak menyatakan lokasi asrama atau sekolah adiknya belajar.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata selepas adiknya selamat dibawa pulang, dia berusaha menyelesaikan kes buli seperti yang didakwa demi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Selepas dapat keluar, saya selesaikan terus kes tu. Janji dia selamat. Sedih sungguh hati ini fikirkan kes adik Zara sebab teringat macam adik saya.

“Bezanya dia adalah mangsa yang tak dapat diselamatkan. Hancurnya hati. Semoga keadilan berpihak untukmu adik (Zara Qairina),” luahnya lagi.

Membalas kepada beberapa komen netizen, wanita ini menjelaskan dia bertindak bersemuka sendiri dengan individu yang didakwa membuli adiknya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

  • Seorang kakak menyelamatkan adiknya dari asrama pada malam sama selepas menerima panggilan cemas dia akan dipukul.
  • Kisah itu dikongsi semula selepas tragedi menimpa Zara Qairina, pelajar yang dipercayai mangsa buli.
  • Wanita itu berdepan sendiri dengan pembuli adiknya demi memastikan keselamatannya.
  • Perkongsiannya mengundang reaksi netizen yang sedih, marah dan mahu kes buli ditangani serius.
  • Kes Zara masih disiasat, termasuk bedah siasat semula selepas keluarga menemui kesan lebam pada tubuh arwah.

“Kes adik saya ni sudah beberapa kali dia kena pukul. Kalau dah sampai tahap sentuh, kita kena masuk campur. Kalau tak nampak macam tiada tekanan daripada kita.

Warden pejam mata, tak boleh pakai. Sampah, tak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian rata-rata warga maya yang turut meluahkan rasa sedih dan marah selain berharap kes buli tidak dipandang ringan.

“Semua yang terjadi ni ada hikmah, Kalau tak jadi benda ni ramai pihak yang ambil ringan kes buli. Lepas ni si pembuli sebelum nak membuli, beringat la ya.

Antara komen netizen di Threads.

“Aku tertanya-tanya adakah cikgu memang mengharapkan ibu bapa yang ambil tindakan kepada pembuli ni sebab mereka tak boleh denda dan rotan murid,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod Allahyarham Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Pelajar berusia 13 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya (17 Julai).

Kes itu kini dalam siasatan polis dan pihak berkuasa telah menggali semula kubur remaja berkenaan untuk proses bedah siasat.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *