Kes kematian remaja 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, terus menjadi perhatian ramai bila peguam keluarganya mengesahkan memang terdapat kecederaan pada tubuh arwah seperti yang tular di media sosial.
Peguam Shahlan Jufri yang memerhati sendiri proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) berkata, beliau berada di bilik berkenaan selama lapan jam tanpa makan dan minum demi memastikan prosedur dijalankan dengan betul.
Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.
Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan.- Katanya.
Proses bedah siasat Zara Qairina telus…
Shahlan juga menegaskan bahawa sepanjang proses itu, tidak ada sebarang campur tangan daripada pihak luar dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan forensik.
Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.
Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar.- Tegasnya.
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang, dalam kes macam ni, sebaiknya kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan dengan telus tanpa membuat spekulasi sendiri. Hormati privasi keluarga mangsa dan tunggu keputusan rasmi sebelum sebarkan sebarang maklumat.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.