“Tiada tangan ganggu bedh siasat Zara Qairina,” update terkini laporan bedh siasat yang dijalankan

Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dibuat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Peguam, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses itu atas permintaan keluarga arwah bermula dari jam 11 pagi hingga jam 7.30 malam tadi, berkata beliau sendiri melihat prosedur itu dari mula hingga akhir.

“Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada ‘tangan-tangan’ tertentu, semua itu tiada.

“Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan,” katanya ditemui pemberita di pekarangan HQE, di sini, malam tadi.

Katanya, setelah proses bedah siasat siap, laporannya akan disediakan oleh pasukan forensik dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Mengenai berapa lama laporan itu boleh disiapkan, beliau berkata, perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat, namun paling lewat boleh sampai dua bulan.

“Kalau tanya proses itu berapa lama, saya tidak tahu dengan tepat. Biasanya, paling cepat atau paling minimum mungkin dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan.

“Ini kerana ia membabitkan beberapa orang pakar dan semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan post-mortem report itu,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan bedah siasat, Shahlan berkata, beliau melihat sendiri doktor memeriksa jenazah arwah Zara secara menyeluruh.

“Di dalam bilik forensik, doktor itu saya tengok macam mana dia (jenazah arwah) diperiksa, diperiksa secara menyeluruh.

“Beberapa orang anggota polis juga masuk, tetapi yang masuk ke dalam bilik bedah hanya saya dengan pasukan forensik. Sebab memang itu keinginan keluarga arwah Zara.

“Saya berada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi. Kalau tanya berapa lama periksa post-mortem bagi keluarga, saya tidak pasti sebab bergantung kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat jenazah arwah Zara dijalankan empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun.

Katanya, mereka dibantu jurufoto forensik dan jurufoto polis.

Selepas selesai bedah siasat, jenazah arwah Zara dihantar semula ke Sipitang untuk dikebumikan semula di lokasi yang sama.

Arwah sebelum ini dilapor meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Kinarut pada 16 Julai lalu.

Sumber : harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *