“Hari ini mereka menang..” Caprice mohon maaf secara terbuka, terima saman daripada Asyraf Khalid

Dapat dilihat di Instagram penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, dia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa bakal menerima saman daripada tiga individu dan salah seorangnya ialah Asyraf Khalid.

Caprice buat permohonan maaf terbuka

Manakala, lagi dua itu pula merupakan individu yang berkaitan dengan kes pukul melibatkan enam mangsa yang pernah didedahkan oleh Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap, sebelum ini.

Menurutnya lagi, dia barangkali akan dikenakan perintah injuksi, di mana Caprice dilarang untuk bercakap mengenai isu ini di platform media sosial.

Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa (dipukul). Sudah tentu saya akan lawan perintah injuksi itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Hari ini mereka menang..”

Dalam pada masa yang sama, aktivis itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta memohon doa akan kebenaran berpihak kepada pihak yang benar.

Untuk tempoh 8 bulan atau setahun, saya tidak boleh cerita tentang kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice. Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa insya-Allah di pihak mangsa.

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa berang terhadap Asyraf Khalid kerana menjemput seorang jurulatih fitness yang pernah didakwa mencederakan beberapa individu sebagai tetamu jemputan di podcast Apa Cerita? Podcast.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *