“Awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat” makin panas Sophia Albarakbah bersuara

Pelakon Sophia Albarakbah tampil meluahkan rasa kecewa apabila kisah lamanya kembali hangat diperkatakan susulan insiden tegang bersama Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 malam tadi.

Sophia Albarakbah balas komen netizen?

Menurut Sophia membalas komen daripada netizen di salah satu hantaran di Intagram, kontroversi yang mengaitka dirinya sudah berlalu dan tidak wajar diungkit lagi.

“Sudah berapa tahun punya kes. Kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak akan selesai,” katanya.

Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah tegaskan setiap manusia berhak diberi ruang berubah

Tambahnya lagi, setiap manusia berhak diberi ruang untuk berubah dan dimaafkan dan sempat mempersoalkan mengapa ada individu yang sangat angkuh sedangkan taraf seorang manusia sangat kerdil.

“Sedangkan Allah SWT pun boleh ampunkan hamba-Nya.

Awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” katanya lagi.

Tular video terima anugerah dari Bella

Sejak semalam, tular di media sosial tindakan Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, yang dikatakan tidak profesional semasa menyampaikan anugerah kepada Sophia dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat.

Menurut pembantu peribadinya, Niel Rafeq, Bella mengalami trauma ketika berada di atas pentas kerana masih terkesan dengan kisah lama membabitkan rumah tangganya bersama bekas suami.

Sophia Albarakbah

Sekitar Januari tahun lalu, nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam konflik rumah tangga pasangan itu, malah, Bella pernah berkongsi mesej peribadi yang menunjukkan permohonan maaf daripada Sophia ketika isu tersebut memuncak di media sosial.

Bella dan bekas suami disahkan bercerai pada 13 Jun tahun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *