Semalam telah berlangsung Anugerah Terhangat Melodi dan antara momen yang menjadi tumpuan ramai adalah ketika penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengumumkan nama pemenang bagi Anugerah Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh aktres Sophia Albarakbah.
Ketika sidang media yang dilakukan selepas acara untuk para pemenang, Sophia telah ditanya oleh wartawan tentang perasaannya apabila berdepan dengan Bella di atas pentas.
Seorang wartawan bertanya sekiranya aktres itu terasa seperti diperli oleh Bella disebabkan kata-kata Bella sebelum mengumumkan namanya itu.
Sophia tak rasa kena sindir pun. Sebab mungkin itu cara dia menyampaikan, sebab memang dia kenal…
Menerusi komen di media sosial, ramai yang menyelar wartawan kerana bertanyakan soalan-soalan berkaitan hubungan mereka dan bukannya fokus terhadap kemenangannya.
Netizen berpendapat isu di antara mereka sudah lama selesai namun wartawan seolah-olah sengaja melaga-lagakan dua aktres tersebut.
Nampak batu api sangat soalan wartawan tu.


Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.