“Jangan dok sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku” Anak terlalu seksi Kak Km bagi setepek terus dekat kaki kecam

Usahawan kontroversi dan pempengaruh media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tampil memberikan respon balas terhadap kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan cara beliau membesarkan anak-anak.

Menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak, Kak KM dengan tegas meminta agar orang luar tidak mencampuri urusan keluarganya, lebih-lebih lagi berkaitan soal mendidik anak.

Korang tak payah risau sangatlah tu anak aku, tak payah risau. Kita jaga keliling kita dahulu. Macam korang, jaga anak korang, adik-beradik korang.

Jangan sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku. Insya-Allah, kita tak adalah seteruk mana.

Kenyataan itu dibuat selepas timbul kecaman terhadap anak sulungnya, Nabila, yang dikritik netizen kerana mengenakan pakaian ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil melakukan gerakan bibir menyanyi lagu dalam sebuah video.

Penampilan tersebut dikatakan terlalu seksi dan mendedahkan bahagian perut serta pusat, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Rata-rata menyoal peranan Kak KM sebagai ibu dan menyindir seolah-olah beliau kini kehilangan ‘geng’ untuk mencipta kandungan selepas Nabila berpindah ke Singapura.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *