Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru kembali hangat apabila selebriti terkenal, Rafidah Ibrahim sekali lagi tampil mempertahankan penduduk kampung berkenaan yang didakwa dihalau secara paksa.
Rafidah Ibrahim mengamuk
Sebelum ini, Rafidah lantang menyuarakan pendiriannya agar penduduk tidak berpindah walaupun ditawarkan pampasan, susulan pewartaan pengambilan tanah kampung itu pada tahun lalu.
Rafidah Ibrahim dakwa dihalau & terima ugutan
Namun kini, melalui satu video di TikTok, pelakon dan penyanyi itu dilihat semakin beremosi apabila mendedahkan mereka bukan sahaja dihalau, malah turut menerima ugutan.
“Kami tak akan berganjak keluar! Kalau dikatakan PMX akan datang untuk majlis pecah tanah, PMX! Selesai dulu kes kami, kami punya isu di mahkamah tak selesai lagi,” ujarnya.
Doakan Allah laknat orang Melayu yang berdiam
Rafidah mendakwa ada pihak memberi tekanan kepada penduduk dan mengugut untuk membakar rumah mereka jika enggan berpindah dari kawasan tersebut.
Dalam masa yang sama, dis turut kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Melayu yang menurutnya berdiam diri tanpa membantu.
“Apa jadi dekat Kampung Sungai Baru semua senyap. Aku doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap tentang penduduk Kampung Sungai Baru ni!” katanya.
Kenapa dia beriya marahkan PMX?
Tindakan berani Rafidah itu mendapat perhatian ramai di media sosial, terutamanya dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan nasib penduduk yang didakwa masih belum mendapat penyelesaian sewajarnya di mahkamah.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakannya yang menyalahkan satu pihak sahaja sedangkan kes terbabit sudah berlarutan sejak zaman pemerintahan terdahulu.
Bukan kes ni zaman PN ke?
Bagi tajuk sesuai untuk drama ni
Sejak setahun lalu, selebriti itu dilihat begitu lantang menyuarakan perihal isu Kampung Sungai Baru di media sosial.
Difahamkan, dia juga telah disaman oleh Bekas Menteri Wilayah Persekutuan susulan tuduhan yang dilemparkan mengenai isu pembangunan di kampung tersebut.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.