“Bau wangi tak terungkap! Rasa aneh ditolak cepatkan urusan kebumi..” 4 kali ulang buka pintu lepas hantar jenazah Nurly

TRAGEDI yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan ngeri di Gerik, Perak pada Isnin lalu terus menjadi bualan ramai.

Ketika tangisan belum reda dan doa terus dipanjatkan, pelbagai kisah mengenai kebaikan semua mangsa mula terungkai dan dikongsikan di media sosial.

Antara yang menjadi tumpuan adalah pemergian Nurly Shahirah Azman, 23, juga merupakan seorang hafizah yang menyentuh hati ramai.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh abang arwah, Mohd Najmuddin, dipaparkan pemandu van jenazah yang dikenali sebagai Abang Lie menceritakan pengalaman ‘luar biasa’ sewaktu dan selepas menghantar jenazah Nurly.

Abang Lie menceritakan pengalamannya menerusi video dimuat naik oleh abang kepada arwah Nurly.

“Ditakdirkan oleh Allah, dia dapat membawa jenazah dan jenazah arwah sangat-sangat harum dan tak dapat digambarkan bagaimana baunya di dunia.

“Allah… Nurly. Hebatnya kau dik. Amalan apa lagi kau buat kami tak tahu dik. Semoga syurga buatmu dik,” tulis Najmuddin di ruangan kapsyen, terharu mendengar perkongsian Abang Lie.

Menurut pemandu itu, dia dari awal sudah berniat untuk membawa jenazah pulang kerana berasa kagum selepas mendengar cerita mengenai keperibadian arwah.

Katanya, tanpa disangka-sangka, kenderaannya seolah-olah digerakkan lebih awal walaupun ramai lagi pemandu yang sedang menunggu giliran untuk mengambil jenazah.

“Masa (tunggu giliran) rasa macam orang ‘tolak’ kenderaan saya.

“Kenderaan orang lain sedang bergerak pun, saya ‘halang’. Bila masuk (rumah mayat), ibu kepada jenazah (waris) beri kertas dan tertera nama arwah,” ujarnya.

Abang Lie merupakan salah seorang daripada pemandu van yang membawa jenazah pelajar UPSI untuk dikebumikan mengikut lokasi ditetapkan.

Kisahnya tidak terhenti di situ apabila ada perkara yang paling tidak dapat dilupakan selepas dia selesai menghantar jenazah untuk dikebumikan.

Saya pergi semula sebab rasa tak puas hati.

ABANG LIE

“Selepas balik, van saya ‘sidai’ (parkir) tengah panas. Lepas tu saya tertinggal benda (barang) dalam kereta.

“Saya kenal bau kereta sendiri tapi masa buka pintu kereta… datang satu bau tersangat halus dan wangi yang sukar digambarkan.

“Saya tutup pintu van lalu termenung dalam rumah. Saya pergi semula (ke van) sebab rasa tak puas hati. Saya buka pintu semula, duduk sebentar… datang semula (bau sama),” jelasnya lagi.

Malah, aroma harum yang tidak pernah dihidu itu masih ada walaupun empat kali pintu dibuka tetapi hilang pada keesokan paginya.

Allahyarhamah Nurly antara 15 pelajar yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik pada Isnin.

Nurly merupakan antara mangsa nahas kemalangan melibatkan pelajar UPSI.

Kisahnya mendapat perhatian masyarakat apabila menurut abangnya, Nurly seorang yang sangat menjaga kesucian al-Quran.

Malah, adiknya juga mempunyai sebuah naskhah yang terkandung ayat-ayat suci kitab tersebut hasil tulisan tangan arwah sendiri.

Mayat mangsa juga ditemukan dalam keadaan memeluk naskhah al-Quran berkenaan selepas kemalangan tragis itu.

Difahamkan, arwah merupakan pelajar jurusan Pendidikan Khas dan turut menjadi guru mengaji kepada kanak-kanak di kampungnya.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Dungun di Terengganu awal pagi Selasa.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *