“Hukum tetap hukum tak boleh diubah” Bukan manusia sempurna, Fasha Sandha peluk adik ipar

AKSIĀ spontan pelakon Fasha Sandha memeluk suami adik perempuannya iaitu Elisya Sandha mendapat kritikan hebat netizen.

Ramai berpendapat tindakan Fasha memeluk adik iparnya iaitu Uzair Haqimy tidak sepatutnya berlaku memandangkan imejnya kini sudah berhijab selain ia dilarang dalam agama Islam.

Mengakui kekurangan dan kelemahan diri, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menjelaskan tindakan itu spontan apatah lagi hubungannya dengan Uzair memang rapat.

“Saya kenal Uzair sejak sekolah lagi. Jadi sudah terbiasa. Kalau nak cakap soal hukum agama, saya bukan orangnya. Itu kena tanya ustaz atau ustazah.

“Saya pun tak pernah cakap saya sudah berhijrah atau sempurna.

“Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam hidup,” katanya..

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *