Penghuni di tapak yang bakal didirikan masjid baharu di Kampung Dengkil memohon kerajaan memberikan tanah supaya mereka boleh berpindah.
Penghuni itu, Raman Ganggatharam, 49, mendakwa dia sudah menetap di tanah itu sejak 25 tahun lalu dan kini mempunyai isteri dan tiga anak.
Bercakap kepada pemberita, beliau mendakwa diberi kebenaran untuk menetap di kawasan yang dikatakan sebagai rizab sungai.
“Saya sudah duduk sini selama 25 tahun. Saya sudah pindah lima kali (yang terakhir) di sini.
“Saya ada isteri dan tiga anak. Kami kerja ternak binatang, lembu, kambing. Itu semua kita mahu cari makan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak berkenaan.
Menurut Raman, dia tidak tahu bahawa tapak itu bakal dibangunkan sebagai masjid baharu.
Ditanya sama ada keluarga itu akan berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, Raman berkata, mereka akan berbuat demikian sekiranya dapat tanah di lokasi lain untuk menetap dan memindahkan haiwan ternakan.
“Kita mahu keluar pun macam mana boleh keluar? Kita mahu dia (pihak berkuasa) beri tanah, kalau dia beri kita keluarlah. Kalau kita terus keluar, kita dan haiwan-haiwan mahu pergi mana?
“Tengoklah (keputusan) pejabat tanah. Dia mahu bina masjid. Kita mahu dia beri kita tapaklah. Kita dicampak sana sini, umur saya pun sudah 49 tahun. Bagaimana mahu cari wang?” luahnya.
Semalam, tular satu hantaran di Facebook apabila Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani mendakwa lokasi sebuah tapak masjid baharu di Dengkil telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab yang membina kuil di situ.
Pada masa sama, beliau mendakwa, isu tapak Masjid Dengkil itu juga adalah isu lama apabila pihak berkuasa agama negeri tidak memberi tarikh untuk membina masjid kepada pejabat tanah menyebabkan ia menjadi tanah terbiar
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.