“Tak cukup lempang, hempas pula dalam kereta!” seorang Bapa ajar ank kecil cukup cukup kerana nakal

HANYA kerana nakal, seorang anak kecil dikasari oleh bapanya di dalam kereta tanpa rasa simpati atau belas kasihan.

Kejadian itu dapat disaksikan menerusi satu video tular yang mana seorang bapa dapat dilihat berkali-kali menampar anaknya yang dibaringkan di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Rakaman berdurasi kira-kira satu minit dan 27 saat itu dipercayai dirakamkan dan dikongsi di media sosial oleh pasangan suami isteri yang berada di kawasan parkir bersebelahan dengan kereta tersebut.

Berdasarkan perkongsiannya, lelaki terbabit didakwa memukul anaknya berusia tiga tahun atas alasan mahu mengajar disebabkan kenakalannya.

Sepasang suami isteri bersemuka dengan bapa kepada kanak-kanak malang itu. 

Menerusi video itu, kedengaran si anak menangis teresak-esak dimarahi dan dihenyak si bapa sambil disaksikan oleh dua kanak-kanak lain dipercayai anak-anaknya, yang berada di luar kereta.

“Betul ke cara ajar anak macam ni? Anak umur dua ke tiga tahun. Baling barang orang (mungkin kat kedai) bapa tampar dua ke tiga kali sebelum masuk kereta. Bawa masuk kereta baringkan, henyak dan hempas baby tu banyak kali.

“Mak dia tengok je kat depan. Cara ajar anak katanya,” ujarnya.

Mungkin boleh nasihat mereka untuk jumpa kaunselor atau pakar yang boleh bantu dalam menguruskan kemarahan atau stres ketika berhadapan dengan kanak-kanak.

CAPRICE

AKTIVIS

Menurut wanita itu, dia mempunyai empat anak dan salah seorangnya sebaya dengan bayi malang itu, tapi tidak pernah diajar dengan cara kekerasan.

“Budak umur macam tu tahu apa? Biasalah kalau nak barang apa-apa kita tak bagi, dia baling-baling je.

“Takkan sampai macam tu sekali. Sampai merah padam muka baby tu kena penampar. Kasihannya, itu kat luar, kalau kat rumah entah macam manalah dia buat kat anak dia ya.

“Mula-mula rasa macam biarlah anak orang, malas nak sibuk. Tapi tengok dia henyak budak tu, terus rasa geram,” luahnya lagi.

Kejadian itu turut disaksikan oleh dua kanak-kanak dipercayai anak lelaki berkenaan.

Menerusi video tersebut juga, pelaku, yang ditegur pasangan suami isteri itu hanya membalas, “Memang budak kecil, tapi kalau tak diajar macam mana?”

Video yang dimuat naik di Facebook sejak Sabtu setakat ini sudah ditonton sebanyak 3.1 juta kali dan dikongsi lebih 10,000 kali.

Rakaman yang tular turut mendapat perhatian aktivis Caprice pada Ahad yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneliti kes tersebut.

Malah, Caprice menerusi akaun Instagramnya menyarankan supaya keluarga tersebut mendapatkan khidmat nasihat bagi menangani kemarahan.

“Kepada sesiapa kenal famili tersebut, mungkin boleh nasihat mereka untuk jumpa kaunselor atau pakar yang boleh bantu dalam menguruskan kemarahan atau stres ketika berhadapan dengan kanak-kanak.

“Kami bimbang mungkin terdapat beberapa isu yang mendalam yang memerlukan intervensi, insyaAllah,” ujar Caprice.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *