Kongsi video bersama lelaki misteri, persoalan sama ada balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Abam dah ada kekasih berlegar-legar.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Hidayah atau nama sebenarnya Noor Hidayah Mohd Ali telah memuat naik video dirinya sedang menyanbut hari lahirnya bersama seorang jejaka.
Hidayah Abam dah ada kekasih?
Pada video tersebut, Hidayah bersama jejaka itu telah makan bersama di sebuah restoran steamboat terkenal dan kedua-duanya duduk bersebelahan antara satu sama lain.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan juga telah membelikan Hidayah sepotong kek dengan tulisan ‘Happy Birthday’ di atasnya beserta tiga lukisan berbentuk hati.
Bagaimanapun, Hidayah menutup wajah lelaki tersebut menggunakan emoji, menguatkan lagi dakwaan wanita itu kini sedang menjalin hubungan dengan orang baharu.
Dalam pada itu, Hidayah juga sempat menyelitkan sekeping foto di video tersebut yang memaparkan beberapa hadiah daripada jejaka berkenaan dengan kapsyen mengucapkan terima kasih bersama emoji berbentuk hati berwarna putih dan emoji melayangkan ciuman.
Pada masa yang sama, Hidayah juga telah menggunakan lagu cinta berjudul Terima Kasih Atas Segalanya nyanyian Bitobeyto sebagai latar belakang video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar Hidayah diberikan jodoh yang baik dan dirinya bersama anaknya, Hamzah diberikan kebahagiaan.
Semoga boleh membahagiakan Hidayah dan Hamzah
Hidayah Abam dah ada kekasih? semoga ditemukan jodoh baik
Kami tumpang gembira untuk Hidayah dan Hamzah
Hidayah layak untuk bahagia
Sementara itu, menerusi tinjauan, Hidayah masih belum mengesahkan sama ada dirinya kini sudah bertemu orang yang baharu atau tidak.
Sekadar info, Hidayah telah berkahwin dengan Abam Bocey pada 8 Disember 2017 dan pasangan ini telah dikurniakan seoran anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Bagaimanapun, Abam telah meninggal dunia pada tahun 2020 selepas mengadu sakit selama dua hari di kediamannya.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.