Pelakon Amar Baharin memberi pandangan serta penerimaannya mengenai isu poligami.
Memetik Astro Gempak, Amar berkata dia memilih untuk berserah kepada takdir Allah kerana dia tidak tahu apa akan jadi di masa mendatang.
“Pologami ini ada dalam syarak. Saya tak kata mahu dan saya juga tak kata saya tak mahu. Apa yang terjadi akan datang kita tak tahu, kalau dah tertulis takdir Allah akan berpoligami, saya nak cakap apa? Saya lebih kepada berserah,” katanya.
Sementara itu, Amar menyifatkan rumah tangganya kini sudah sempurna dan hanya memberi fokus kepada anak-anaknya.
“Secara peribadi saya dan rumah tangga saya rasa dah sempurna, dah cukup dah, Alhamdulillah. Kini hanya fokus pada anak-anak dan membesarkan mereka saja,” katanya.
Dalam pada itu, Amar berkata dia gembira dengan reaksi penonton terhadap drama lakonannya Berbagi Suami dimana dia membawakan watak Dhani yang memilih untuk berpoligami.
“Kalau orang benci, Alhamdulillah, karakter itu berjaya. Ada yang kata bodoh dan pelbagai lagi kata-kata menjurus kepada watak Dhani.” katanya.
Sumber : gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.