“Digelar sebagai raja biawak” terbiasa komen negetif akhirnya Amir bersuara buat ramai terkjut

PELAWAK Amir Raja Lawak memberitahu dia tidak berkecil hati dengan gelaran ‘raja biawak’ yang diberikan oleh pelakon Lando Zawawi.

Kata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, dia sudah terbiasa dengan gurauan kasar Lando dan tidak memandang ia sebagai perkara serius.

“Saya tak terasa hati sebab sudah biasa dengan komen-komen negatif sejak awal jadi selebriti.

images

Amir (kiri) dan Lando sudah terbiasa bergurau kasar.

“Komen netizen sebelum ini pun saya tak ambil tahu apatah lagi gurauan kasar Lando,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amir memberitahu dia cukup mengenali sahabatnya itu yang gemar bergurau secara kasar antara satu sama lain.

Malah, Amir mengakui itu adalah cara Lando bergurau bersama rakan-rakan terdekat.

“Cara dia bercakap dan tulis mungkin kedengaran kasar tapi kalau yang sudah lama ikuti kami mereka tahu kami macam mana.

Kami sama-sama membahan antara satu sama lain, Lando karakter dia membahan secara terus, saya pula secara sinis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Amir memberitahu mereka masih belum berkesempatan untuk bertemu memandangkan masing-masing kini berada di lokasi berjauhan.

Namun dia ada mengajak Lando ke kedainya di Kelantan dan tidak sabar untuk bertemu pelakon itu.

450086609_7881157568590165_8866901759318864548_n

Amir sedang sibuk berniaga di Kelantan.

“Saya belum berjumpa dengan dia sebab sekarang sedang fokus berniaga di Kelantan, Lando pula berada di Kuala Lumpur.

“Tapi saya ada ajak dia turun untuk bersama Brotherhood dekat sini. Saya pun ada ajak dia datang ke kedai saya berjumpa. Saya memang teringin nak jumpa dia,” ujarnya.

Sebelum ini, Lando dikecam ramai gara-gara menggelar Amir sebagai raja biawak dalam satu temu bual podcast.

Lando bagaimanapun memaklumkan ia sekadar gurauan memandangkan sudah lama mengenali Amir.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *