Pelawak dan usahawan, Shuib mengundang perhatian ramai apabila berseloroh dengan isterinya, Watie Hanifiah kurang kasih sayang semenjak anak bongsu mereka, Ayash Affan tidur bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memeluk Watie sambil mengadu kurang mendapat perhatian daripada insan tersebut, sejak akhir-akhir ini.
Shuib mengadu kurang kasih sayang
“Semenjak Ayash duduk dekat sini, tidur asyik bertiga saja. Aku memang nak complain. Dah kurang kasih sayang.
“Tahu-tahu, waktu malam Ayash dah ada dekat tengah,” seloroh Shuib.
Shuib mengadu kurang kasih sayang
Netizen kongsi pengalaman yang sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan suami isteri turut berkongsi pengalaman yang sama seperti Shuib dimana perlu bertolak ansur tidur bersama anak-anak.
Semoga bahagia selalu!
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar perkahwinan Shuib dan Watie dilindungi Allah selalu dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Sekadar info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.