Baru-baru ini, kisah tujuh sekeluarga yang terpaksa hidup di dalam kereta selepas ditipu scammer telah menyentuh hati netizen.
Perkara ini tular di TikTok apabila Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, tampil berkongsi situasi pilu keluarga tersebut.
Ketua keluarga, Hilmi, menceritakan bahawa dia bersama isteri dan lima anak kecil terpaksa tinggal di dalam kereta selama tiga bulan. Ini berlaku selepas mereka ditipu ketika ingin menyewa rumah.
Kami sudah bayar deposit rumah sewa dan selepas ditipu kami buat laporan polis.- Katanya dalam video yang dikongsikan.
Terima bantuan rumah, persekolahan dan pekerjaan baru
Kisah menyayat hati ini mendapat perhatian Steven Sim, yang segera menghulurkan bantuan. Beliau membantu keluarga Hilmi mendapatkan sebuah rumah baru dengan bayaran sewa ditanggung selama setahun.
Selain itu, anak-anak pasangan ini turut menerima bantuan persekolahan untuk meringankan beban keluarga.
Tidak hanya itu, Steven juga membantu Hilmi mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara keluarganya. Bagi memastikan mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih baik, wang tunai sebanyak RM2,000 turut disalurkan untuk pembelian barangan keperluan harian.
Usaha ini mendapat pujian ramai, terutama kerana ia memberi peluang kepada keluarga ini untuk memulakan hidup baru selepas melalui pengalaman yang begitu sukar.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.