SERING dilihat ceria menerusi hantaran di Instagram, pelakon dan model Zahnita Wilson mengejutkan ramai selepas dia berkongsi foto bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Tidak berdolak-dalik tentang punca matanya lebam, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mendakwa dia dibelasah oleh suaminya sendiri iaitu Abdul Zackery Ghouse.
“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Isnin.
Zahnita berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.
Bercerita mengenai punca dia dibelasah suami, Zahnita memberitahu pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia bertanya adakah suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain?
Bagaimanapun kata pelakon filem Kuliah Cinta ini, Abdul Zackery tidak dapat menerima soalan diajukan itu lalu bertindak mencederakannya.
“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang dia dengan wanita lain tetapi langsung tak boleh bawa berbincang (dengannya),” luah Zahnita.
Sementara itu, Zahnita yang telah 20 tahun mendirikan rumah tangga mendakwa ada melihat beberapa individu muncul di hadapan kediaman ibunya di Kuantan, Pahang
Kata Zahnita dia sendiri tidak pasti siapakah individu itu namun mereka mendakwa daripada sebuah agensi yang bertujuan mahu membawanya ke balai polis.
“Saya tak tahu agensi apa. Apabila saya tanya mana laporan polis dan waran tangkap terhadap saya, mereka tak boleh jawab dan hanya beritahu mahu mengambil kenyataan daripada saya,” jelasnya.
Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama.
ZAHNITA WILSON
PELAKON & MODEL
Dalam perkembangan sama, Zahnita memberitahu dia sedang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur untuk ke Kuantan bagi berbincang mengenai tindakan lanjut berhubung kes tersebut.
Untuk rekod, pada 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama.
Zahnita tidak dapat menahan sabar atas kekerasan yang dilakukan terhadapnya.
Malah aktres berkenaan turut mendedahkan rumah tangga mereka sudah bergolak sejak penghujung tahun 2011.
Bagaimanapun kasih sayang dan perasaan cinta mereka masih lagi kuat, sekali gus menjadikan hubungan itu kembali pulih.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.