Pelakon terkenal, Datuk Remy Ishak akui Sophia Albarakbah mempunyai karakter yang manja seperti mana yang diperkatakan oleh segelintir individu.
Menurut laporan Xtra, Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak yang bergandingan dengan Sophia dalam drama bersiri Marina masih mempunyai iman kuat untuk berhadapan perkara tersebut.
Sophia Albarakbah manja
“Dia manja, bahaya kalau lelaki kurang iman, tergugat. Saya Alhamdulillah, masih lagi berpegang jalan yang lurus,” selorohnya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Remy tidak menafikan menghadapi cabaran besar dalam memikul watak dalam drama tersebut kerana perlu bermain dengan emosi yang berbeza.
Sophia Albarakbah manja
“Cabaran itu dari segi emosi, sebab kadang-kadang kena bersikap sombong kepada Sophia yang memegang watak sebagai Marina, tapi dalam masa sama kena jadi prihatin,” tambahnya.
Drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution itu diarahkan oleh Along Kamaludin ini turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.
Berkisarkan mengenai cinta, keluarga, dan pengorbanan, Marina akan bertemu peminat bermula 25 November 2024, eksklusif di Tonton.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.