Pempengaruh media sosial, CEO Helmie tak serik apabila dia masih aktif memuat naik video di platform TikTok mengenai pelawak yang juga usahawan, Shuib.
Meskipun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.
CEO Helmie tak serik
Terbaharu, pempengaruh dikenali CEO Helmie dilihat memberi nasihat kepada Shuib agar mengambil cuti rehat sekiranya berasa tertekan.
Dalam video yang sama, dia juga meminta isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah untuk menjaga suami seperti mana arwah Siti Sarah menjaga sepanjang hayatnya.
“Nasihat saya kepada Shuib, kalau stress sangat pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan cuti rehat (mc). Balik rumah minta isteri jaga kesihatan.
“Wahai Watie jagalah Shuib elok-elok seperti mana Siti Sarah jaga Shuib dulu,”katanya.
Nak buat air dengan siapa pula?
Helmie juga meminta bapa kepada empat orang cahaya mata itu berfikir tentang produk air minuman yang lain pula selepas ini.
“Lepas tu, fikir pula Shuib lepas ni nak buat air apa pula. Nak partner dengan Bangladesh, Pakistan ataupun dengan orang China ke tak apalah. Lepas tu guna pendekatan sokong bumiputera dan produk Muslim,”katanya dalam nada sindir.
Bukan itu sahaja, Helmie turut menasihati Shuib agar belajar kemahiran ‘pusing’ ketika diminta penjelasan mengenai sesuatu isu.
“Okey Shuib. Cuma nasihat saya, belajar lagi untuk spin. Tambahkan lagi kemahiran spin spin spin itu. Bye,”katanya di akhir video.
Terdahulu, Shuib dihina CEO Helmie dengan membuat provokasi meminta Shuib mencari bekas-bekas pekerjanya dan menyelesaikan tunggakan gaji selepas pelawak terbabit mengatakan mahu mencarinya.
Dia juga menuduh Shuib sudah berubah sejak berkahwin dengan Watie dan meminta dia mencari isteri baru yang lebih solehah.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.